Monday, January 28, 2008

Lelaki Haram Memakai Gelang Tangan

Hadis yang diriwayatkan daripada 'Imran Bin Husain yang bermaksud:

"Bahawasanya Nabi Saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi Saw bertanya: "Apakah ini?"

Orang Itu menjawab: "ianya daripada al-Wahinah."

Sabda Nabi Saw: "Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya"

(Hadith Sohih yang ke-19,885 riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya).

Sunday, January 27, 2008

Solat Subuh Berjemaah 40 Hari

Solat Subuh Berjemaah 40 Hari
  • Dapat menghapuskan ciri ciri sifat orang munafik dalam diri.
  • Dijauhkan dari Azab Api Neraka.

Duduk sebentar selepas solat Subuh dan berzikir.
  • Dapat pahala seperti orang mengerjakan Haji dan Umrah.
  • Sembahyang 5 waktu menbersihkan diri dari dosa umpama orang yang mandi 5 x sehari.
  • Sengaja tinggal Solat 1 waktu, Namanya tertulis dipintu Neraka. Nak padamkan kena Qadha solat.
  • Bila tidak Solat, Allah tidak terima pahala amalan-amalan yang lain.