Wednesday, February 6, 2008

Doa Dalam Keadaan Terdesak

Ya Allah, kiranya ada kebaikkan yang pernah aku buat dan layak mendapat pahala,
aku mengharapkan balasan darimu - Amin.

Hak Seorang Musim

  1. Menjawab Salam.
  2. Ziarah Orang Sakit.
  3. Iringi Jenazah Ke Kubur.
  4. Mendoakan Orang Bersin.

Makanan

Mengambil makanan dari sumber yang "Tidak Halal", maka akan tertolaklah Doa Seseorang itu.

Ber"doa" lah dengan suara hati.

Time/Masa Roh Balik

Masa Roh Balik:
  • 15 Rejab
  • 15 Syaaban
  • 10 Ramadhan Terakhir
  • Malam Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha
  • 10 Muharram
Roh akan balik ke:
  • Rumah Asal
  • Tanah Pusaka
  • Kubur

Tuesday, February 5, 2008

6 Perkara Yang Dipandang Asing

1. Masjid - Rumah Allah dipandang asing sebab tak biasa pergi.

2. Al Quraan - Kalam Allah terasing dari kehidupan manusia.

3. Al Quraan bercanggah dengan orang yang Hafiz - Fasik.

4. Perempuan Solehah berkahwin dengan orang yang zalim dan tidak berahlak baik.

5. Lelaki Soleh berkahwin dengan perempuan yang buruk ahlaknya.

6. Orang Alim - Orang tidak lagi mendengari nasihatnya, seolah olah tiada lagi fungsi.

Monday, January 28, 2008

Lelaki Haram Memakai Gelang Tangan

Hadis yang diriwayatkan daripada 'Imran Bin Husain yang bermaksud:

"Bahawasanya Nabi Saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi Saw bertanya: "Apakah ini?"

Orang Itu menjawab: "ianya daripada al-Wahinah."

Sabda Nabi Saw: "Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya"

(Hadith Sohih yang ke-19,885 riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya).

Sunday, January 27, 2008

Solat Subuh Berjemaah 40 Hari

Solat Subuh Berjemaah 40 Hari
  • Dapat menghapuskan ciri ciri sifat orang munafik dalam diri.
  • Dijauhkan dari Azab Api Neraka.

Duduk sebentar selepas solat Subuh dan berzikir.
  • Dapat pahala seperti orang mengerjakan Haji dan Umrah.
  • Sembahyang 5 waktu menbersihkan diri dari dosa umpama orang yang mandi 5 x sehari.
  • Sengaja tinggal Solat 1 waktu, Namanya tertulis dipintu Neraka. Nak padamkan kena Qadha solat.
  • Bila tidak Solat, Allah tidak terima pahala amalan-amalan yang lain.